Monday, December 20, 2010

Aku Jatuh Cinta

Ya Allah,
Yang membolak-balikkan hati kami…..
Selama ini aku tidak pernah tahu bagaimana rasanya bercinta
Namun ku berharap
Bila cinta hadir menyapaku
Aku tidak akan kehilangan Engkau



Ya Allah,
Selama ini aku hanya berharap
Semoga dapat mencintai
Orang yang memiliki cinta yang
luar biasa padaMU


ya Allah,
Selama ini aku juga berharap
Semoga akan dicintai
Oleh orang yang dapat mengarahkanku
Menuju keredaanMU
Pintaku ya Allah,
Izinkan aku memiliki rasa ini
Hingga ia menjadi indah di dada kami
Tanpa mengurangi rasa cinta kami…..padaMU…..


(petikan dari buku ya Allah Aku Telah Jatuh Cinta tulisan Burhan Sodiq)



Bingkisan ini ditujukan untuk yang tak pernah bercinta….akan bercinta….sedang bercinta….pernah bercinta….. gagal dalam percintaan…..dan ingin mengalami cinta…


CINTA….apa itu cinta…?? Ada yang kata; Eh, tak boleh berbicara pasal cinta…lagha2….

cinta adalah fitrah..kerana Islam adalah agama fitrah. Cinta juga tak dapat dipisahkan dari manusia.

Makna dan cabang cinta itu sungguh luas. Cinta kepada Allah, agama, Rasulullah SAW, dakwah, al-Quran , sunnah, buku-buku malah ada yang bercinta dengan bola mahupun roti canai dan teh tarik. tetapi… di sini ingin saya fokuskan kepada ‘cinta berlainan jantina’ .

Cinta adalah api, namun kita tidak akan pernah tahu sama ada, api itu akan menghangat atau menghangus hati kita…

Bagi saya, cinta itu tak ada salahnya jika ia disalurkan pada jalan dan cara yang betul. Cinta itu suci dan indah. Hanya kita yang mengotori keindahan tersebut.

Siti Fatimah pernah berkata kepada Ali bin Abi Talib,
 “Wahai Ali sesungguhnya sebelum menikah, ada lelaki di kota Mekah ini yang sangat aku kagumi.”

 “Jadi engkau menyesal  menikah denganku.?” Soal Ali.

 Lalu Siti Fatimah menjawab, “Tentu tidak, kerana lelaki itu adalah kamu…….”

Anda sedang dilamun cinta..?? Alhamdulillah, anda seorang yang normal. Jagalah cinta itu, kawal lah ia dengan ilmu dan iman. Jika dibiarkan pada nafsu dan hati boleh jadi melaratlah ia kepada jalan-jalan yang tidak sepatutnya.

Jika telah jatuh cinta, salurkan dengan cara yang betul iaitu perkahwinan. Dan, jika tidak mampu, simpanlah dulu ia..mungkin ianya dugaan dalam menguji keimanan anda. Jagalah sebaik mungkin supaya tidak terjadi fitnah.

Kaum hawa mudah bermain dengan emosi. Jangan mudah melatah, jagalah peribadi sebagai seorang muslimah, bimbang jika tersilap langkah menjadi fitnah kepada kaum adam pula.

Tidak dinafikan, keadaan dunia pada masa kini membutuhkan teman di sisi untuk berkongsi rasa, bahagia, duka malah cerita. Rasa cemburu bila teman di sisi, bahagia bersama buah hatinya. Dan kita masih menunggu…dan terus menunggu jodoh yang tercatat di Lauh Mahfuz. Diakah..?? atau yang inikah…??

Jangan bimbang, tetapkan hati anda hanya pada yang selayaknya. Tidak ada kerugian jika tidak berpacaran. Kerugian boleh jadi dari segi wang, masa, malah kasih sayang. Elakkanlah diri dari perkara yang sia-sia. Kerana, belum tentu buah hati pengarang jantung yang dipuja-puja itu, jodoh kita. Oleh itu, kenapa perlu bercinta..

Saya pernah menerima luahan, “tak dapat study kalau tak ada buah hati. Buah hati adalah sumber inspirasi saya.” Astaghfirullahal adzim…siapa kita ingin mengagung2kan manusia. Manusia dikurniakan satu hati, dan Allah adalah pemegang hati-hati ini. DIA layak membolak balikkan hati-hati manusia.

Saya juga tidak bersetuju dengan istilah couple Islamic. Notice that, No couple before marriage. Saya bimbang, yang melihat akan mencontohi yang berjiwa Islamic ini. 

Contohnya, A adalah seorang yang berzahirkan mengikut syariat Islam (pakaian ikut syariat, kopiah dan sebagainya). Tidak kurang, aktif dalam dakwah sesebuah organisasi dan tahu ilmu agama tetapi mempunyai kekasih hati yang sama dalam organisasi tersebut. B yang melihat, “eh, A pun buat. Mesti tak salah kalau aku buat macam ni.”

Memang, bukannya pergi dating ke, pegang tangan ke..tetapi, seperti membenarkan istilah couple itu. Bercinta dan ber 'couple' lah selepas kahwin; surprise sikit.Ni sebelum kahwin dah macam-macam cerita, selepas kahwin dah habis modal. Nak cerita apa lagi ye...!

Saya faham, jatuh cinta bukan perkara yang boleh diambil dan dibuang. Hanya hati yang pernah mengalaminya mampu mentaksirnya. (ini tak bermakna saya pernah mengalaminya). Mungkin yang belum pernah, akan berkata, “alah, buat apa-apa susah fikir, buang jelah perasaan tu. Tak ada masalah, cari masalah.” Hati-hatilah anda dengan jatuh cinta!

Cinta berada di dalam hati, sakit hati tersebut, sakit lah jua anggota lain. Sebab itu, ada pepatah yang mengatakan ‘tidur tak lena, makan tak kenyang, mandi tak basah’. Pada waktu tersebut, fikiran sudah tak mampu lagi untuk memainkan peranan. Hanya mampu untuk menasihati hati supaya bersabar.

Bagi yang terjatuh cinta, dirikanlah masjid (kahwin). Tidak ada istilah cop dalam Islam. ‘Saya akan kahwin dengan kamu dalam masa 2 tahun lagi.’ Yakinkah kita, pada waktu itu kita sudah mampu atau bersedia untuk berkahwin. Jangan sesekali memberi janji yang anda sendiri tak pasti.

Nasihat saya, jika keadaan belum bersedia untuk mendirikan rumah tangga, simpanlah perasaan itu.  insyaAllah, bila sudah tiba waktunya, akan ada yang selayaknya menerima hati anda. Jika sudah berkemampuan, Alhamdulillah, risiklah si dia dengan cara baik. Kalau dah jodoh, tak kemana.  Saya yakin banyak buku, web dan ustaz yang telah menyatakan cara Islam  untuk menikahi atau mengenali seseorang itu. Bermulalah dengan cara yang Allah redha, insyaAllah ada keberkatannya.





“Dan nikahkanlah orang-orang yang masih membujang di antara kamu, dan juga orang-orang yang layak (menikah) dari hamba- hamba sahayamu yang lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberi kemampuan kepada mereka dengan kurniaNYA. Dan Allah Maha Luas (pemberianNYA),  Maha Mengetahui.” (an-Nur: 32)

CINTA.......terlalu banyak yang ingin dihuraikan. Kalau ada pendapat atau pandangan yang ingin diutarakan, seluas padang bola saya tadahkan. Jika ada kesempatan di lain waktu, kita akan sambung kembali topik yang penuh kontroversi ini. Akhir kalam, assalamualaikum wassalam…

Wallahu a’lam…

4 comments:

moch_sidiq said...

masya Allah masya Allah.
btul tu ustadzah
wabaarakallahu fii 'amaaliki

pohon nyor said...

sidiq....akak x layak dipanggil ustazah la...=)

ini adalah hanya secebis cetusan rasa dari seorang insan faqir di sisi Rabbnya...

amin....mudah2an...

mudah2an ianya bermanfaat....

syahidah said...

=)

seluas padang bola kutadahkan~

hehe, ya menjaga diri supaya tidak mendekati fitnah...bahaya~

pohon nyor said...

hehe....ye kak syidah....lalalala~~~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...