Kemudaratan merokok secara umumnya terbahagi kepada dua iaitu kemudaratan kepada kesihatan dan kemudaratan kepada harta benda dan ekonomi. Berkaitan kandungan di dalam rokok semua orang dah tahu. Di bawah adalah antara fakta-fakta menarik tentang rokok atau cigarette dalam bahasa omputih:
· Kandungan NIKOTIN dalam rokok untuk beberapa jenama semakin meningkat. (Kajian Universiti Harvard dan Jabatan Kesihatan Massachusetts)
· Nikotin adalah sejenis dadah dalam tembakau yang menyebabkan ketagihan.
· Pengeluar rokok U.S dapat lebih banyak duit dengan menjual rokok di negara-negara lain daripada menjual di Amerika sendiri.
· Bahan kimia, UREA digunakan sebagai bahan perasa di dalam rokok.
· Rokok mengandungi arsenic, formaldehyde, lead, hydrogen cyanide, nitrogen oxide, carbon monoxide, ammonia and 43 bahan lain yang dikenali sebagai carcinogens.
· Nikotin boleh pergi kepada otak dalam masa 10 saat selepas disedut.
· 3,000 bukan perokok dewasa mati disebabkan ‘second hand smoke’ setiap tahun.
· EPA telah mengklasifikasikan ‘secondhand smoke’ adalah carcinogen sejak 1992.
· Di kebanyakan negara, umur yang sah untuk membeli rokok telah dinaikkan dari 16 tahun kepada 18 tahun, manakala di Jepun umur minimum ialah 20 tahun.
· Merokok adalah dilarang di tempat umum di kebanyakan tempat di seluruh dunia, yang mengakibatkan penurunan yang ketara di tempat seperti di restoran, bar dan pub.
“Without nicotine....there will be no smoking....” -1972 Philip Morris, reseacher.
Walaupun, hal rokok sudah menjadi satu isu lapuk dalam masyarakat kita, namun entry kali ini, saya ingin berkongsi; Pandangan Ulama dan Fatwa mereka tentang rokok, yang diambil dari buku ‘Isu-Isu Dalam Masyarakat Islam Malaysia oleh Dr. Haji Mat Saad Abd. Rahman.
- Dr. Yusuf al-Qardawi dalam kitabnya “Halal dan Haram Dalam Islam” telah memberi fatwa bahawa merokok (tembakau) selama dinyatakan membahayakan, hukumnya adalah haram kerana jelas membazir dan mensia-siakan harta pada jalan yang tidak mendatangkan faedah sama ada untuk agama ataupun urusan dunia. (Rujukan: Al-Halal Wal-Haram fi al-Islam oleh Dr. Yusuf al-Qardawi, hal 78)
- Al- Imam Abd. Halim Mahmud dalam kitabnya “ Fatwa al-Imam Abd Halim Mahmud” telah memberi fatwa merokok hukumnya makhruh jika ia tidak mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan. Sebaliknya adalah haram jika hanya mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan. (Rujukan: Fatwa al-Imam Abd Halim Mahmud, 2:1)
- Al-Imam al-Akhbar Mahmud Shaltut telah menjelaskan bahawa pendapat yang mengatakan merokok hukumnya haram atau makhruh adalah pendapat yang kuat. (Rujukan: al-Fatwa al-Imam Abd Halim Mahmud)
- Dr. Abd Jalil Shalaby mengatakan merokok adalah haram kerana ia boleh mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan dan masyarakat.
- Dr. Hamid Jamek (Pakar Ensiklopedia Fiqh Islam Kuwait) mengatakan merokok adalah haram kerana ia dikategorikan sebagai suatu perkara keji atau kotor (al-khaba’ith).
- Dr. Zakaria al-Barri (Anggota Akedemi Kajian Islam dan Anggota Lujnah Fatwa al-Azhar) mengatakan merokok hukumnya antara haram dan makhruh tahrim.
- Sheikh Mustafa Muhammad al-Hadidi al-Tahrir (Anggota Akedemi Kajian Islam) mengatakan merokok hukumnya haram.
- Al-Sheikh Abdullah al-Masyad (Anggota Akedemi Kajian Islam dan Ketua Lujnah Fatwa al-Azhar) mengatakan tidak syak lagi merokok wajib diberi hukum haram.
- Dr. Ahmad Umar Hashim (Ketua bahagian Hadis, Kuliah Usuluddin, Universitial-Azhar) mengatakan tidak syak lagi merokok hukumnya haram kerana telah jelas ianya memudaratkan.
- Dr. al-Husaini Hashim (Rahimahullah) (Wakil al-Azhar) mengatakan sesungguhnya merokok hukumnya haram (Rujukan: Hal al-Tabgh wa al-Tadkhin min al-Muharramat oleh Dr. Muhammad Ali Al-Bar, hal.)
- Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan fatwa bahawa merokok, menanam tembakau dan memperniagakannya hukumnya haram kerana padanya terdapat kemudaratan (Rujukan: al-Lajnah al Daimah li al-Buhuth al-‘Ilmiyyah, hal.52)
- Berdasarkan kepada pengesahan pakar-pakar perubatan dan pandangan-pandangan ulama’, jelaslah bahawa merokok boleh dikategorikan sebagai haram. Dengan merujuk kepada kesan buruk tabiat merokok kepada kesihatan dan ekonomi, maka Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Islam Malaysia dalam muzakarahnya yang berlansung pada21 Jun 1995 telah mengambil keputusan dengan memutuskan bahawa merokok adalah haram dari pandangan Islam kerana padanya terdapat kemudaratan.
{Secara jujurnya, saya amat-amat (^_^) menyukai isi kandungan di dalam buku ini; Isu-Isu Dalam Masyarakat Islam Malaysia. Tetapi, ia hanya buku yang saya pinjam =( dari perpustakaan negeri. Setiap isu semasa yang berlaku dalam negara dikupas dengan begitu baik, fakta dan hujah-hujah yang jelas tidak dapat dinafikan. Walaupun buku ini diterbitkan pada tahun 2008, tetapi ada juga isu yang sehingga kini masih dibincangkan. Antara topik-topik yang terdapat dalam buku ini adalah pembuangan bayi, pelaksanaan hukum qisas dan hudud pada zaman Rasulullah SAW, nikah misyar dan lain-lain lagi. Secara keseluruhannya, isu-isu yang dikupas adalah isu yang pernah menjadi tajuk muka depan akhbar. Jom berkenalan dengan penulisnya!
Dr. Haji Mat Saad adalah anak kelahiran Kedah yang mendapat pendidikan formal di Maktab Mahmud, Kolej Islam Malaya dan Ijazah Ph.D dari Universiti al-Azhar, Kaherah, Mesir melalui kajian khusus: Jenayah Syariah Perbandingan. Pernah dilantik sebagai Profesor Madya di Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Brunei Darussalam. Serta pernah dilantik sebagai Felo Kanan di Pusat Syariah, Undang-Undang dan Sains Politik dan Penyelaras Sudut Hukum di IKIM. Tidak kurang, pernah menganggotai beberapa jawatankuasa pada peringkat kebangsaan. }
wallahu a'lam.....wassalam...
~pasar besar kedai payang.....


7 comments:
alhmdulillah naseb baek d bukan kalangan perokok
Alhamdulillah, betul tu D....
katakan tak nak !
=)
entry pembakar semangat....utk trus benti membakar duit....tks
online dari pp tu~bagus bagus, memberi maklumat di mana mana
syihan: sama2 dan terima kasih kembali utk sudi singgah sini...mudah2an ada manfaat...
kak syida: hehe.....memanfaatkan masa dan wang...lalala...~~~
silent killer...
betul......betul...betul.... ^^
Post a Comment