Tuesday, May 10, 2011

== Kaca dan Permata ==




Tersebutlah kisah di sebuah kampung yang telah diberi nama Sekilau kaca Seindah permata. Terdapat pelbagai lah permata dan kaca yang jika dilihat tidaklah diketahui sama ada ianya kaca atau permata, hanya dapat dikenali oleh orang-orang yang diberi petunjuk sahaja. Permata dan kaca tersebut pula terdapat pelbagai peringkat; daripada yang paling kelabu sehingga tidak dapat diketahui sama ada ianya tanah ataupun kaca sehinggalah kepada permata yang paling berkilau. Sehinggakan jika dilihat silau lah matanya sepertimana silau melihat cahaya sang matahari.

Adapun ianya kaca, kadangkala baktinya boleh mengatasi pangkat permata, cuma kadangkala sirna kaca itu tak terlihat oleh mata yang memandang. Ada juga permata yang sirnanya cukup berkilau, ke mana ia pergi pasti bercahayalah orang disekelilingnya. Ada juga permata yang terlalu leka dengan kilauan sendiri, rebah dirempuh masa. Dan, tidak mustahil kaca yang sering digilap, diberi tindak balas tertentu, dipotong pada ‘degree’ tertentu, mampu menjadi sebutir permata (bi iznillah). 



Permata, dikenali dengan keindahannya. Setiap mata memandang pasti tertarik. Indah pula, begitu subjektif. Ada yang kata indah pada bentuknya, ada yang kata indah pada warnanya, dan ada yang kata indah pada sifatnya. Terpulanglah...walau seindah mana pun, walau sebanyak mana pun mata yang memandang...jangan lupa syariat, jangan terlalu mudah menyerah..kelak, dibimbangi jatuh harganya, pudar sinarnya..

Kemusnahan akan menimpa jika wanita mula merasa dirinya cantik dan berbangga dengan kecantikannya.

Emas diuji dengan api, wanita diuji dengan emas dan lelaki diuji dengan wanita


Kiranya, tidaklah kesah permata mahupun kaca kerna masing-masing ada peranannya;

“Tidak Aku jadikan jin dan manusia selain untuk mengabdikan diri kepada-Ku.” (al-Dzariat: 56)

“Hendaklah kamu bertolong bantu dalam kebaikan dan ketaqwaan dan jangan kamu bertolong bantu dalam perkara kejahatan.” (al-Maidah: 2)



Walau seindah dan berkilau manapun luarannya, pastinya dalaman jua yang patut diambil kira. Kata Imam Ghazali;

“Sifat lahir menunjukkan kepada sifat batin. Yang lazimnya bila rosak, rosak dululah sifat batin, lalu kerosakan itu berjangkit pada sifat lahir pula.” (Bimbingan Mu’min)

Perumpamaannya seperti pokok dan buah, jika pokoknya sudah diserang makhluk perosak, akan berjangkitlah pada buah. Buah tidak akan sesegar dan se’cantik’ seperti sebelumnya.


Manakala sabda Rasulullah SAW pula;

“Dalam tubuh anak adam, ada seketul daging. Apabila baik daging itu, baiklah seluruh anggota badan. Sebaliknya bila daging itu jahat, maka jahatlah seluruh anggota badan. Ketahuilah daging itu ialah hati.” (HR Muslim no 4178)


“Sesungguhnya Allah tidak melihat gambaran lahir amalan kamu dan rupa kamu, tetapi Allah melihat hati kamu.” (Hadis Riwayat Muslim)


Dan firman Allah SWT;

“Janganlah kamu berasa takut, jangan kamu berasa gentar, engkaulah ummah yang tertinggi dan mulia jika kamu beriman.” (ali-Imran: 139)


“Kamu semua (umat Islam) adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia.” (ali-Imran: 110)


Maka berakhirlah alkisah yang sungguh merapu...wassalam..




Islam agamaku, al-Quran pedomanku, 
Muhammad SAW teladanku, 
syahid cita-citaku, 
Allah SWT tujuanku. 
Allahuakbar!


...بالله الا قوة لا ماشاءلله … (al-Kahfi: 39)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...