Monday, July 25, 2011

Pendidikan Islam


 Persidangan Dunia Pertama mengenai Pendidikan Islam di Makkah dalam tahun 1977, telah merumuskan maksud Pendidikan Islam seperti berikut:

In the context of Islam is inherent in the connotations of the terms tarbiyyah, ta’lim and ta’dib taken together. What each of these terms conveys concerning man and his society related to the others and together they represent the scope of education in Islam, both ‘formal’ and ‘non-formal’…..Education should aim at….the balanced growth of the total personality of man through the training of man’s spirit, intellect, the rational self, feelings and bodily senses. Education should therefore cater for the growth of man in all its aspects; spiritual, intellectual, imaginative, physical, scientific, linguistic, both individually and collectively and motivate all these aspects towards goods and the attainment of perfection. The ultimate aim of Muslim education lies in the realization of complete submission to Allah on the level of the individual, the community and humanity at large.



Pada dasarnya, terdapat berbagai-bagai istilah dalam pengertian dan interpretasi terhadap Pendidikan Islam. Antaranya ialah tarbiyyah, ta’lim, ta’dib, irsyad dan tadris:-

Tarbiyyah: Satu proses membentuk keperibadian manusia dari satu tahap ke satu tahap sehingga mencapai matlamat terakhir iaitu insan yang sempurna serta mengabdikan diri dengan tulus ikhlas kepada Allah SWT.

Ta’lim: Proses pengajaran atau pemindahan ilmu kepada manusia untuk merealisasikan fungsi, tugas dan statusnya khalifah Allah SWT di muka bumi ini.

Ta’dib: Proses mendidik manusia agar mampu memperkembangkan segala potensi ke arah pembentukan tatasusila perlakuan atau adab sebagaimana yang dikehendaki oleh Islam.

Sabda Rasulullah SAW: “Tuhanku telah mendidik (addaba) aku dalam bidang adab. Dia telah menjadikan pendidikanku (ta’dib) yang terbaik.”

Irsyad: Petunjuk yang benar-benar ke arah jalan yang lurus bagi kehidupan di dunia seperti yang digariskan oleh al-Quran dan Sunnah.

Tadris: Pengajaran yang dilakukan oleh seseorang kepada penuntut tentang satu-satu mata pelajaran. Menekankan ciri-ciri pembelajaran, guru, murid dan mata pelajaran.





Begitulah komprehensifnya pengertian pendidikan dalam Islam yang perlu dihayati dan seterusnya diimplikasikannya dalam rangka membina generasi rabbani.



Sumber: buku Tamadun Islam oleh Mahayudin Hj Yahaya. (1998)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...