Usai solat sunat terawih rakaat yang ke lapan, terdengar satu jeritan kuat di luar masjid. Suasana kedengaran agak riuh, bersilih ganti dengan suara-suara yang lain. Dalam perjalanan pulang ke rumah, saya bertanya kepada abang ipar apa yang berlaku. Rupa-rupanya ada seorang lelaki ditangkap atas cubaan untuk mencuri selipar dan kasut jemaah yang pergi ke masjid. Dikatakan sudah empat hari dia diperhatikan. Sudah berapa pasang selipar yang dapat dia kumpul…wallahu a’lam..
(terdapat sedikit keraguan dengan ejaan ‘selipar’… ^^, )
Doa yang diucapkan oleh Ibnu Mas’ud ketika wangnya telah dicuri:
“ Ya Allah! Ya Tuhanku! Kiranya yang menyebabkan pencuri itu mencuri, kerana hajat dan keperluannya yang mendadak, maka berkatilah wang itu baginya. Tetapi kiranya yang menyebabkan ia mencuri itu kerana keberanian untuk melakukan dosa, maka jadikanlah pencuriannya itu akhir dosa yang ia lakukan.”
3 comments:
subhanallah..
indahnya doa ibnu mas'ud..
moga kita juga dpt amalkan. ^^ insyaallah.
salam ukhwah
InsyaAllah...mudah2an....semoga kita sentiasa dapat berlapang dalam setiap keadaan...
salam ukhwah kembali.... =)
berlapang dada*
Post a Comment