Sunday, September 11, 2011

Emas Sebagai Makanan....???


Baru-baru ini ketika membelek sebuah majalah tempatan, tertarik dengan tajuk besar di muka depan majalah tersebut; 'Emas Antara Larangan dan Manfaat'. Antara isinya ialah emas digunakan sebagai bahan kosmetik untuk mencantikkan wajah dan kulit. Yang mengejutkan saya ialah EMAS digunakan sebagai penambah perasa di dalam makanan seperti hidangan aiskrim yang ditabur dengan kepingan emas, susyi dibalut dengan emas menggantikan seaweed, manisan yang dihidangkan bersama 5g kepingan emas 24k, secawan kecil kapucino yang ditabur dengan serbuk emas 24k dan terbaru adalah semburan zat emas pada makanan. (aih, macam-macam......)



Emas yang digunakan adalah emas tulen 24k (24 karat) yang telah dihancurkan menggunakan teknologi nano. Digambarkan saiz emas tersebut sebagai 50,000 lebih kecil daripada saiz rambut manusia.  Ketika belajar dulu, pensyarah saya pernah nyatakan bahawa nilai saiz nano ini terlalu kecil sehingga ia boleh masuk melalui liang roma kulit kita.

Emas 24k adalah 99.99% emas, warnanya menarik dan lembut. Emas 24k jarang digunakan untuk membuat barang kemas. Teknologi emas juga banyak digunakan dalam perubatan seperti merawat kanser prostat, pesakit jantung (kebanyakan doktor lebih suka tiub bersadur emas kerana lebih mudah dilihat semasa x-ray) dan lain-lain.

Hasil daripada teknologi emas ini timbul pula persoalan-persoalan yang berkaitan dengan larangan syariat Islam. Antaranya:
  • Adakah ianya sama dengan menggunakan susuk....??
  • Bagaimana pula dengan lelaki yang menggunakannya..??
Berdasarkan pada hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abu Dawud: dari Ali bin Abi Talib r.a, sesungguhnya Rasulullah SAW mengambil sutera dan diletakkan di tangan kanannya, dan mengambil emas di tangan kirinya lalu berkata, "Kedua-dua item ini adalah haram untuk lelaki (sebagai perhiasan) di kalangan umatku.".

Dr Zaharuddin Abd Rahman telah memberikan ulasan di website nya. Sila klik link tersebut untuk mendapatkan penjelasan yang lebih lanjut. Perbincangan Hukum Kosmetik Dengan Serbuk Emas


wallahu a'lam wassalam......may Allah watch over us.... ^^

4 comments:

~sEtAnGGi SyurGA~ aka NurHidayah Ali said...

assalamualaikum sahabat ^^..

ana pon baru tau emas pon digunakan dalam makanan..haiaahhh...macam2 dah la ni...

blog enti dah berwajah baru...^^ busy ya..lama xupdate blog..^^

pohon nyor said...

wa alaikumussalam wbt...

hehe....buat-buat busy ja.... ^^

Hidayatullah said...

salam..
drpd bwat makan.. baek simpan je emas 2..ha3..

pohon nyor said...

w'salam wbt....

ikut la....bergantung kpd diri sendiri nk buat apa dgn emas....ada org suka pakai, ada org suka simpan, ada org suka mkn, nk buat mcm mana..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...