Jadikanlah keinginanmu menjadi
satu, iaitu keinginan akhirat sahaja dan campakkanlah selainnya. Kerana
selainnya akan sirna.
Jangan lemah sebab mendapatkan
ujian, kerana dari ujian tercermin keperibadian seseorang. Ia dapat menajamkan
akal dan menyalakan semangat keinginan.
Jangan menunggu ucapan terima
kasih dari seseorang, cukuplah pahala Allah tempat segala keperluan dan
permintaan. Jangan menjadi kufur, iri dan hasad.
Barangsiapa tidak mengalami rintangan di awalnya, di
akhirnya tidak akan mendapatkan kepuasan memuaskan, dan barangsiapa
bersungguh-sungguh di masa muda, di masa tuanya akan berjaya.
Mementingkan diri sendiri adalah sikap orang yang
ingin hidup sendiri, sedang orang yang berjiwa besar hidup untuk sesamanya.
Hiduplah bersama al-Quran dengan cara menghafal,
membaca, mendengar dan bertadabbur. Sesungguhnya itu adalah ubat paling baik
untuk mengusir rasa sedih dan keraguan.
Berfikirlah tentang pendahulumu. Ada di antara mereka
diasingkan, dibunuh, dipenjara, dicuba, mendapat ujian, menderita dan bahkan
celaka.
Percaya pada diri sendiri dan jangan bergantung dan
percaya sepenuhnya selain kepada Allah SWT. Bergantung dan percaya penuh kepada
orang lain dapat merugikan, sebab dapat sahaja mereka berkhianat.
Jangan biasakan menunda suatu pekerjaan dengan “nanti
dan senang”, kerana itu merupakan lambang kegagalan dan kemalangan.
Orang beriman tidak lepas dari akal untuk berfikir,
melihat untuk mengambil pelajaran, lisan untuk berzikir, hati untuk bersyukur
dan bersabar menjalankan aktiviti.
Apa guna membersihkan baju tapi mengotori agama,
memperindah sepatu namun rosak akhlaknya, membentengi harta tapi ilmunya
sia-sia.
Kebahagian bukan terletak pada jawatan, nasab
dan kekayaan; tetapi pada agama, ilmu, akhlak dan tercapainya maksud tujuan.
Qana’ah adalah perbendaharaan yang tiada habisnya.
Mahupun begitu, masih banyak kata-kata di atas yang
tidak mampu saya lakukan.
“Amat besar kebencian di sisi Allah bahawa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan.” (as-Saff: 3)
Mudah-mudahan ianya dapat dijadikan inspirasi bersama
dalam menuju untuk menjadi insan yang lebih baik di dunia dan
akhirat..insyaAllah...
wallahu a'lam wassalam...

3 comments:
Allah yubarik fiki fima katabti
masyaallah
Cantek kata2 hikmah ini. Jangan ditangguh gosok baju, takut2 pakai baju tak bergosok pi surau.
muhammad: amin ya Allah....mudah2an...trima kasih ya, sidiq...
SOT: ha btul tu, gosok jgn tak gosok...
trima kasih atas persinggahan kalian ke teratak yg dhaif ni...
Post a Comment