Friday, November 18, 2011

S.N.A.K.E is U.L.A.R



Ular adalah reptilia yang mempunyai badan yang fleksible dan tidak berkaki. Bentuk badan ular bergantung kepada habitat yang mereka tinggal; ular yang tinggal di dalam tanah berbeza dengan ular yang tinggal di dalam air. Ada bermacam-macam warna ular, yang pudar warnanya hinggalah yang mempunyai warna yang terang pada badannya. Ular yang mempunyai warna yang pudar menggunakannya untuk menyamar bergantung kepada keadaan sekelilingnya (camouflage) manakala yang berwarna terang kebiasaanya adalah berbisa. Mereka menggunakan warna yang terang untuk memberi amaran kepada pemangsa. Sesetengah ular yang tidak berbisa meniru gaya dan warna ular yang berbisa untuk menipu pemangsa.

Seperti reptilia-reptilia yang lain, ular adalah berdarah sejuk yang mana mereka tidak ada kelebihan untuk menghangatkan badan mereka sendiri. Sebaliknya, mereka bergantung kepada haba sekeliling dan cahaya matahari untuk mengawal suhu pada badan mereka. Ini menyebabkan kebanyakan spesis ular ditemui pada kawasan yang panas dan lembap dan tidak ditemui di kawasan yang sejuk seperti kutub utara =).

Fakta-fakta menarik tentang ular:

  • Lebih  kurang 3000 spesis ular yang dikenalpasti, hanya 350 daripadanya mempunyai bisa (dalam Bahasa Inggeris dipanggil ‘venom’) yang berbahaya kepada manusia.
  • Ular hidu dengan menggunakan lidahnya. Lidahnya yang bercabang membolehkan ia tahu arah ‘bau’ tersebut.
  • Ular adalah haiwan yang pekak tetapi mereka boleh mengesan getaran bunyi.
  • Ular mempunyai daya penglihatan yang lemah dan tidak mempunyai kelopak mata.
  • Ular tidak mengunyah makanannya; tetapi terus menelan ‘makanannya’ secara penuh.
  • Ular menggunakan taringnya yang di hadapan untuk mengcengkam mangsa.
  • Ular boleh menelan mangsanya yang mempunyai saiz 4 kali lebih besar daripada kepalanya sendiri
  • Bisa ular diperbuat daripada pelbagai jenis enzim dan protein. Sekali ia dikeluarkan dengan cepat akan tersebar ke seluruh badan mangsa.
  • Kebanyakan ular menyebarkan bisanya dengan menggigit. Walau bagaimanapun ada sesetengah ular seperti ular tedung boleh ‘meludah’ bisanya sejauh 5-7 kaki. Bisa ular tidak berbahaya pada kulit; ianya berbahaya pada mata ataupun luka yang terdedah. ( oleh sebab itulah, ia menggigit menggunakan taringnya dan bisa yang disimpan di kepalanya akan dikeluarkan dan dialirkan pada tempat yang digigit itu)
  • Bisa yang dimiliki oleh ‘king cobra’ (ular tedung), ular yang paling berbisa di dunia mampu menumbangkan seekor gajah.
  • Ular yang paling panjang adalah ‘anaconda’; 38 kaki manakala ‘brahminy blind snake’ adalah yang paling kecil dengan 2 inci panjang. Ular yang paling laju adalah ‘black mamba’ dengan kelajuan 12 batu per jam (antara ular yang boleh membawa kepada maut).
  • Ular mempunyai kelebihan untuk dapat hidup tanpa makanan selama beberapa hari selepas memperolehi hidangan yang penuh. Ini kerana mereka mempunyai kadar metabolism yang rendah. Malah, king cobra pun mampu hidup selama 1 bulan tanpa makanan! Dan ular sawa jika makan hidangan yang besar seperti MANUSIA mampu hidup tanpa makanan selama 1 tahun atau lebih!
  • Tidak semua ular berbahaya, malah yang paling berbahaya pun menggigit untuk mempertahankan dirinya.
  • Kebiasaannya anak ular lebih berbahaya berbanding ular dewasa kerana kurang matang dalam mengeluarkan kuantiti bisanya yang berlebihan daripada sepatutnya.  (mak ayah dia pandai berjimat sikit)





Itulah sahaja fakta sains berkaitan ular. Oleh sebab kebanyakan sumber yang pohon nyor gunakan berbahasa omputih, selepas ditranslatekan oleh pohon nyor yang tidak pandai berbahasa inggeris, maka ayat-ayat yang keluar tidaklah berapa sedap…. =)

Kenapa tiba-tiba saya tertarik nak cerita pasal ular…??? Sebab baru-baru ini bilik saya dimasuki ular…wahahaha….. selepas melihat’nya’ saya pun ketakutan dan keluar dari bilik. Tidak mengetahui kemanakah seterusnya ‘ia’ pergi. Menarik kan…. =p …biasalah rumah kampung, macam-macam ada…dan atas nasihat seseorang (saya pun tak terfikir sebenarnya), untuk mengambil langkah berjaga-jaga sulfur atau orang Terengganu panggil belerang ditabur ke seluruh bilik dan rumah. Sulfur ni orang guna dalam bunga api ke mercun ke kalau tak silap la..

(Sebagai selingan) kita juga pernah mendengar beberapa kisah ular yang besar akan menemani kepada sesiapa yang tidak menunaikan solat di dalam kuburnya nanti. Antaranya: Kisah "Solat Tiang Agama"
Jadi, jangan tinggal solat 5 waktu ya…!!


Wallahu a’lam wassalam..




4 comments:

mhafiz_ydin said...

Ular 'dunia' gambaran kepada Suja'ul Aqra kepada mereka yg meninggalkan solat. Ingat ular, ingat solat.. =)

Anonymous said...

salam ukhti..

bilik ceq pon masuk ulaq jugak..bilik hostel ana ni ha..aras 1 kan..mmg senang ulaq nak masuq..apa lg arwah la ulaq tu....hehehe..miss u la dear..jgn tggal solat..nnt ulaq jd teman hangpa...^^

ur friend..atas tol..hehe

Hidayatullah said...

ular juga merupakan permainan terfamous dalam nokia 3310.. huhu


p/s:ske tol entry ble dunia dikaitkan dengan akhirat..nice!

pohon nyor said...

mhafiz_ydin: oooo...." Ular 'dunia' gambaran kepada Suja'ul Aqra kepada mereka yg meninggalkan solat."....trima kasih atas info ni...baru tahu nama tu...huhu

w'salam ukhtifillah yang dikasihi...hehe....wah berani la, siap arwah ular tu...saya nak pukul lipas pun geli....adoiii.....
ur frend, mak kemas..... ^^

hidayatullah: time boring2 main jugak ngan ular ni, tp dlm handphone la....Alhamdulillah, trima kasih....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...