Hampir 8 tahun bergiat dalam bidang perniagaan secara kecil-kecilan (dengan menolong bonda tercinta). Dan, hampir sudah setahun terlibat secara rasmi dengan memegang sendiri kuasa veto dalam membuat keputusan…(cewah! Macam gempak je…. Tak adalah, lawak je… =p )
“Money comes first” atau “Customer always right” adalah antara istilah-istilah yang sering dijadikan ‘moto’ bagi seseorang penjual. Namun begitu, yang paling penting berdasarkan pengalaman saya yang secubit ini adalah proses kelansungan penjualan dan hasil daripada komunikasi antara dua hala tersebut. Yang mana, komunikasi yang baik telah berlaku walaupun, ‘bakal pembeli’ menolak untuk membeli barang yang ditawarkan. Bukan rezeki lah tu. Ataupun, pembeli berpuas hati dan selesa dengan barang dan harga yang telah dibeli.
Sebagai contoh, ‘A’ berminat untuk membeli baju, saiz yang dia sepatutnya pakai adalah saiz 44, tetapi dia beranggapan saiz 38 baju tersebut padan dengan dirinya. Apabila situasi seperti ini berlaku, saya kadang-kadang berat hati untuk melepaskan baju itu kepada pembeli didasarkan dengan alasan kasihan, kalau ‘A’ pulang nanti dia tidak dapat memakai baju tersebut. Bukankah satu pembaziran kepada ‘A’ telah berlaku di situ. Kerana saya juga adalah seorang pembeli.
Setiap orang mempunyai hati dan perasaan pelbagai. Tidak kira lagi dengan cenderung, minat, perangai yang pelbagai. Semua itu adalah lumrah dalam hidup kita sebagai manusia biasa. Ada sesetengah insan mempunyai wajah yang lembut dipandang tetapi seorang yang berpendirian tegas, ada jugak yang ‘muka macam mata pedang, tapi dalam hati ada taman.’ =) Ada yang agak kecoh, ada yang pendiam, ada yang ramah… dari aspek pemakaian, ada yang indah bertutup rapi, berpenampilan sederhana dan ada jugak yang menjadi ‘mangsa fesyen’. Pendek kata, pelbagai ragam lah.
Setelah membuat pengamatan secara lansung dan juga secara spontan, dapatan yang saya perolehi adalah.. (pengamatan ini hanya dari aspek luaran kerana saya bukan seorang yang dapat membaca fikiran dan hati seseorang) :-
Seperti yang beberapa kali dinyatakan setiap orang mempunyai perasaan, penggunaan bahasa dan komunikasi yang baik amat diharapkan tidak kira dari aspek pembeli mahupun penjual. Tak perlu marah-marah, okey… (“if you don’t want to buy, no need to shout.” Atau “a good seller didn’t make people scared”)
Walaupun ‘beliau’ nampak simple dan slamber tetapi tidak semestinya ‘beliau’ tidak berpelajaran tinggi atau tidak berjawatan tinggi (atau poketnya kosong, kemungkinan poketnya ‘penuh’…hehe) ‘beliau’ merujuk kepada pembeli atau penjual. Misalnya, walaupun anda ber’speaking’ dengan ahli keluarga anda di depan saya, kemungkinan saya pun faham jugak apa yang diperkatakan. Mungkin je… =)
Jangan sesekali mengutuk barang yang ditawarkan oleh penjual kerana ia boleh mengecilkan hati penjual tersebut. Seorang penjual yang bertimbang rasa sudah cukup menjaga kualiti barang dan sesuai dengan harga yang ditawarkan. Tidak semestinya semua penjual itu hanya menjaga duit yang ‘masyuk’ ke poketnya sahaja tanpa menjaga kualiti barang. Barang yang agak berkualiti sudah pasti harganya akan ‘naik’ sedikit berbanding dengan kualiti yang rendah.
Hubungan antara sesama manusia juga patut dijaga. Kadang kala, saya mengalami tekanan perasaan apabila fenomena umpatan berleluasa di sekitar saya dan tanpa disedari saya turut menerima saham yang sama, sama ada terlibat dengan umpatan atau mendengar umpatan tersebut. Astaghfirullahal ‘adzhim….
The Power of Silent, entry saya yang sebelum ini. Diam adalah lebih baik jika kata-kata yang bakal diluahkan mampu membuat insan lain yang mendengar kecil hati atau terganggu. Penggunaan kata-kata yang sesuai adalah sangat penting dalam kehidupan seharian kita, perkataan tersebut biarlah sesuai dengan peringkat umur dan taraf seseorang itu. Bagaimana kita bercakap melambangkan peribadi kita.
Antara perkara yang mampu membuatkan saya sakit kepala adalah apabila berlakunya pertengkaran kecil di hadapan saya (kalau pergaduhan besar, takut la pulak tengok). Tidak kira sama ada, pertengkaran mulut atau kaki tangan turut terlibat sama. Lebih stress jika sindir menyindir turut berlaku dan lebih stress jika sindiran itu ditujukan kepada diri sendiri. Diam pun kadang-kadang menjadi satu kesalahan pada pandangan manusia. Oleh itu, nasihat saya.. ‘mind your words and attitude’. Orait…!!
Oleh kerana saya telah kebuntuan idea, sampai di sini dahulu buat kali ini. Akan datang kalau ada lagi dapatan baru, insyaAllah akan disambung….(kalau ada laa…dan kalau rajin nak taip….) dengan ini, wallahu a’alam wassalam…


4 comments:
mentaliti sesetengah kaum tu memang susah nak ubah...dah jadi mentaliti orang melayu...kalau kite keje cikai2 mmg akan kene pandang rendah...
jadi sabar jela okey...yang penting kita kerja demi Allah...untuk manusia...
hehe...betul tu....
p/s: sape tahu macam mana nak kira zakat perniagaan....huhu
salam ziarah...:)
trima kasih sudi ziarah ke sini... ^_^
Post a Comment