Seperti memberi bunga kepada sang kera. Satu ungkapan yang selalu kita dengar. Satu pepatah yang menggambarkan nilai sebuah benda yang bernilai dan berharga, namun dek lantaran bunga tersebut berada dalam dakapan mereka yang tidak pandai menilai dan tidak mahu menghargai. Ia diperlakukan dengan sesuatu yang tidak wajar. Apa yang dilakukannya? Bunga yang harum dikoyak-koyakkan. Bunga yang cantik disepah-sepahkan. Bunga yang mekar dimusnahkan. Natijahnya, tiada lagi nilai sekuntum bunga. AKHIRNYA, DIBUANG SEPERTI SAMPAH.
Namun bagi mereka yang tahu menilai dan menghargai erti sekuntum bunga, ia akan menjaganya dengan penuh perhatian. Bunga disiram dan diletakkan di dalam pasu yang cantik. Hatinya gembira melihat bunga tersebut segar dan berkembang. Namun, hatinya sedih tatkala bunga tersebut mulai layu dan tidak bermaya. Itulah kisah nasib sekuntum bunga. Sekiranya ia dimiliki oleh seekor kera, ia mensia-siakan. Namun sekiranya bunga itu hadiah daripada seorang suami untuk isterinya yang tercinta, ia DIJAGA dan DIHARGAI.
APAKAH INI TURUT TERJADI PADA AL-QURAN? APAKAH AL-QURAN MENERIMA NASIB YANG SAMA SEBAGAIMANA YANG DIHADAPI OLEH BUNGA TERSEBUT? KITA YANG MENENTUKAN.
Tanpa perasaan dan hati yang menghargai erti sebuah kitab al-Quran. Kita tidak mungkin akan menghargai al-Quran. Apatah lagi untuk membaca, memahami dan menghafaznya. Sebelum kita menghargainya, kita terlebih dahulu perlu mengenali al-Quran, berkawan dengannya, bersahabat dengannya, dan seterusnya bercinta dengannya. Dari sinilah, lahirlah perasaan menghargai al-Quran. Kita tidak mampu untuk menghargai kecuali setelah kita mencintainya, kita tidak mampu untuk mencintainya, kecuali setelah kita bersahabat dengannya, dan kita tidak mampu untuk bersahabat dengannya sekiranya kita tidak mengenalinya. Begitulah perjalanannya.
Dipetik dari buku ‘Sehingga al-Quran Terpahat di Hati’ nukilan Mohd Solleh Ab. Razak
Wallahu a’lam wassalam…


4 comments:
salam ziarah wahai saudari...
lembut jiwa penulisnya,kata2nya pun lembut...
jemput ziarah ke pondok kami juga...:)
salam perkenalan...:)
terima kasih atas ziarahnya...=)
Alhamdulillah, mudah2an ada manfaatnya...artikel ni saya petik (copy paste) dari buku ‘Sehingga al-Quran Terpahat di Hati’ nukilan Mohd Solleh Ab. Razak
kerana saya sendiri cukup terkesan dengan ayat-ayat tu....^_^
salam perkenalan kembali.....terima kasih kerana sudi singgah ke teratak yang dhaif ni....
salam saudari,
tak dhaifla...cantik blognya...sejuk mata memandang...:)
wa alaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh...
Alhamdulillah..terima kasih..blog saudari pun apa kurangnya, lagi mantop..terbaik..!! ^^
Post a Comment