Saturday, February 11, 2012

...... Nilai S.A.B.A.R .......



“Allah tidak akan merubah nasib suatu kaum hingga mereka sendiri yang merubahnya.” (ar-Ra’du: 11)


1) Orang yang sabar akan mendapat pahala yang tidak terbatas dan terhingga daripada Allah.
“Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas.” (az-Zumar: 10)


2) Orang yang sabar mendapat kekuatan daripada Allah SWT
“Sesungguhnya Allah beserta dengan orang-orang yang sabar.” (al-Anfal: 46)


3) Orang yang sabar mendapatkan cinta Allah SWT
“Allah menyukai orang-orang yang sabar.” (ali-Imran: 146)


4) Orang yang sabar mendapat kebaikan di akhirat kelak
“Dan orang-orang yang sabar kerana mencari keredhaan Tuhannya, mendirikan solat, dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami berikan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan serta menolak kejahatan dengan kebaikan; orang-orang itulah yang mendapat tempat kesudahan (yang baik), (iaitu) syurga ‘Adn yang mereka masuk ke dalamnya bersama-sama dengan orang-orang yang soleh daripada bapa-bapanya, isteri-isterinya dan anak cucunya, sedang malaikat-malaikat masuk ke tempat-tempat mereka daripada semua pintu; (sambil mengucapkan): “Salamun ‘alaikum bima sobartum,” maka alangkah baiknya tempat kesudahan itu.” (ar-Ra’du: 22-24)



5) Nilaikan musibah dengan penuh kesabaran. Jika hal itu terjadi atas keinginan Allah maka Dia telah menyediakan pahala.
“Maka bersabarlah, sesungguhnya kesudahan yang baik adalah bagi orang yang bertakwa.” (Hud: 49)


6) Orang yang bersabar termasuk orang-orang yang beruntung dan mendapat kemenangan.
“Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negerimu) dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beruntung.” (ali-Imran: 200)


7) Orang bersabar memperoleh keampunan dan pahala yang besar.
“Kecuali orang-orang yang sabar (terhadap bencana), dan mengerjakan amal-amal soleh; mereka itu beroleh keampunan dan pahala yang besar.” (Hud: 11)


8) Orang yang bersabar akan mendapat selawat, rahmat dan hadiah daripada Allah sebagai bentuk kerelaan dan kecintaan-Nya kepada mereka.
“Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar. (iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: “Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji’uun (Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepada-Nya lah kami kembali).” Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk.” (al-Baqarah: 155-157)


9) Jika anda bersabar atas musibah-musibah yang menimpa anda maka anda juga akan menyaksikan dosa-dosa yang anda lakukan berguguran bagaikan daun yang berjatuhan pada musim gugur.
“Tidaklah setiap muslim yang ditimpa suatu penyakit atau yang lainnya kecuali Allah akan menghapuskan kesalahan-kesalahannya bagaikan pohon yang menggugurkan daun-daunnya.” (Hadis Riwayat Bukhari)


Wallahu a'lam wassalam...

rujukan:  Supaya Gelisah Bernilai Ibadah oleh Dr Ibrahim Fiqhy

Sunday, January 15, 2012

Bercinta Dengan al-Quran



Seperti memberi bunga kepada sang kera. Satu ungkapan yang selalu kita dengar. Satu pepatah yang menggambarkan nilai sebuah benda yang bernilai dan berharga, namun dek lantaran bunga tersebut berada dalam dakapan mereka yang tidak pandai menilai dan tidak mahu menghargai. Ia diperlakukan dengan sesuatu yang tidak wajar. Apa yang dilakukannya? Bunga yang harum dikoyak-koyakkan. Bunga yang cantik disepah-sepahkan. Bunga yang mekar dimusnahkan. Natijahnya, tiada lagi nilai sekuntum bunga. AKHIRNYA, DIBUANG SEPERTI SAMPAH.

Namun bagi mereka yang tahu menilai dan menghargai erti sekuntum bunga, ia akan menjaganya dengan penuh perhatian. Bunga disiram dan diletakkan di dalam pasu yang cantik. Hatinya gembira melihat bunga tersebut segar dan berkembang. Namun, hatinya sedih tatkala bunga tersebut mulai layu dan tidak bermaya. Itulah kisah nasib sekuntum bunga. Sekiranya ia dimiliki oleh seekor kera, ia mensia-siakan. Namun sekiranya bunga itu hadiah daripada seorang suami untuk isterinya yang tercinta, ia DIJAGA dan DIHARGAI.

APAKAH INI TURUT TERJADI PADA AL-QURAN? APAKAH AL-QURAN MENERIMA NASIB YANG SAMA SEBAGAIMANA YANG DIHADAPI OLEH BUNGA TERSEBUT? KITA YANG MENENTUKAN.



Tanpa perasaan dan hati yang menghargai erti sebuah kitab al-Quran. Kita tidak mungkin akan menghargai al-Quran. Apatah lagi untuk membaca, memahami dan menghafaznya. Sebelum kita menghargainya, kita terlebih dahulu perlu mengenali al-Quran, berkawan dengannya, bersahabat dengannya, dan seterusnya bercinta dengannya. Dari sinilah, lahirlah perasaan menghargai al-Quran. Kita tidak mampu untuk menghargai kecuali setelah kita mencintainya, kita tidak mampu untuk mencintainya, kecuali setelah kita bersahabat dengannya, dan kita tidak mampu untuk bersahabat dengannya sekiranya kita tidak mengenalinya. Begitulah perjalanannya.



Dipetik dari buku ‘Sehingga al-Quran Terpahat di Hati’ nukilan Mohd Solleh Ab. Razak  

Wallahu a’lam wassalam…

Tuesday, January 3, 2012

Perasaan Seorang Penjual


Hampir 8 tahun bergiat dalam bidang perniagaan secara kecil-kecilan (dengan menolong bonda tercinta). Dan, hampir sudah setahun terlibat secara rasmi dengan memegang sendiri kuasa veto dalam membuat keputusan…(cewah! Macam gempak je…. Tak adalah, lawak je… =p )

“Money comes first” atau “Customer always right” adalah antara istilah-istilah yang sering dijadikan ‘moto’ bagi seseorang penjual. Namun begitu, yang paling penting berdasarkan pengalaman saya yang secubit ini adalah proses kelansungan penjualan dan hasil daripada komunikasi antara dua hala tersebut. Yang mana, komunikasi yang baik telah berlaku walaupun, ‘bakal pembeli’ menolak untuk membeli barang yang ditawarkan. Bukan rezeki lah tu. Ataupun, pembeli berpuas hati dan selesa dengan barang dan harga yang telah dibeli.

Sebagai contoh, ‘A’ berminat untuk membeli baju, saiz yang dia sepatutnya pakai adalah saiz 44, tetapi dia beranggapan saiz 38 baju tersebut padan dengan dirinya. Apabila situasi seperti ini berlaku, saya kadang-kadang berat hati untuk melepaskan baju itu kepada pembeli didasarkan dengan alasan kasihan, kalau ‘A’ pulang nanti dia tidak dapat memakai baju tersebut. Bukankah satu pembaziran kepada ‘A’ telah berlaku di situ. Kerana saya juga adalah seorang pembeli.

Setiap orang mempunyai hati dan perasaan pelbagai. Tidak kira lagi dengan cenderung, minat, perangai yang pelbagai. Semua itu adalah lumrah dalam hidup kita sebagai manusia biasa. Ada sesetengah insan mempunyai wajah yang lembut dipandang tetapi seorang yang berpendirian tegas, ada jugak yang ‘muka macam mata pedang, tapi dalam hati ada taman.’  =) Ada yang agak kecoh, ada yang pendiam, ada yang ramah… dari aspek pemakaian, ada yang indah bertutup rapi, berpenampilan sederhana dan ada jugak yang menjadi ‘mangsa fesyen’. Pendek kata, pelbagai ragam lah.



Setelah membuat pengamatan secara lansung dan juga secara spontan, dapatan yang saya perolehi adalah.. (pengamatan ini hanya dari aspek luaran kerana saya bukan seorang yang dapat membaca fikiran dan hati seseorang) :-

Seperti yang beberapa kali dinyatakan setiap orang mempunyai perasaan, penggunaan bahasa dan komunikasi yang baik amat diharapkan tidak kira dari aspek pembeli mahupun penjual. Tak perlu marah-marah, okey… (“if you don’t want to buy, no need to shout.” Atau “a good seller didn’t make people scared”)

Walaupun ‘beliau’ nampak simple dan slamber tetapi tidak semestinya ‘beliau’ tidak berpelajaran tinggi atau tidak berjawatan tinggi (atau poketnya kosong, kemungkinan poketnya ‘penuh’…hehe) ‘beliau’ merujuk kepada pembeli atau penjual. Misalnya, walaupun anda ber’speaking’ dengan ahli keluarga anda di depan saya, kemungkinan saya pun faham jugak apa yang diperkatakan. Mungkin je… =)

Jangan sesekali mengutuk barang yang ditawarkan oleh penjual kerana ia boleh mengecilkan hati penjual tersebut. Seorang penjual yang bertimbang rasa sudah cukup menjaga kualiti barang dan sesuai dengan harga yang ditawarkan. Tidak semestinya semua penjual itu hanya menjaga duit yang ‘masyuk’ ke poketnya sahaja tanpa menjaga kualiti barang. Barang yang agak berkualiti sudah pasti harganya akan ‘naik’ sedikit berbanding dengan kualiti yang rendah.

Hubungan antara sesama manusia juga patut dijaga. Kadang kala, saya mengalami tekanan perasaan apabila fenomena umpatan berleluasa di sekitar saya dan tanpa disedari saya turut menerima saham yang sama, sama ada terlibat dengan umpatan atau mendengar umpatan tersebut. Astaghfirullahal ‘adzhim….

The Power of Silent, entry saya yang sebelum ini. Diam adalah lebih baik jika kata-kata yang bakal diluahkan mampu membuat insan lain yang mendengar kecil hati atau terganggu. Penggunaan kata-kata yang sesuai adalah sangat penting dalam kehidupan seharian kita, perkataan tersebut biarlah sesuai dengan peringkat umur dan taraf seseorang itu. Bagaimana kita bercakap melambangkan peribadi kita. 

Antara perkara yang mampu membuatkan saya sakit kepala adalah apabila berlakunya pertengkaran kecil di hadapan saya (kalau pergaduhan besar, takut la pulak tengok). Tidak kira sama ada, pertengkaran mulut atau kaki tangan turut terlibat sama. Lebih stress jika sindir menyindir turut berlaku dan lebih stress jika sindiran itu ditujukan kepada diri sendiri. Diam pun kadang-kadang menjadi satu kesalahan pada pandangan manusia. Oleh itu, nasihat saya.. ‘mind your words and attitude’. Orait…!!

Oleh kerana saya telah kebuntuan idea, sampai di sini dahulu buat kali ini. Akan datang kalau ada lagi dapatan baru, insyaAllah akan disambung….(kalau ada laa…dan kalau rajin nak taip….) dengan ini, wallahu a’alam wassalam…

Monday, December 12, 2011

The Power of SILENT

Pernah dengar tak perkataan DIAM? Tak pernah? Ok, ok.. macam mana pulak dengan perkataan SILENT? Pernah? Bagus.. Regarding to Longman Dictionary, 3rd Edition, 2001 ; silent means not saying anything or not talking much to other people. Semua dah faham kan, Alhamdulillah.. =)


Ada banyak sebab kenapa kita tidak bercakap, atau dengan kata lain duk diam je..boleh jadi, tidak ada apa-apa yang ingin diperkatakan, tengah marah, duduk seorang diri (tak ada orang di sebelah), habis modal nak balas balik, malas nak bercakap ataupun ‘beliau’ adalah seorang yang pendiam dan lain-lain lagi.

Jika diteliti ada banyak faedahnya dengan kurang bercakap, bercakap untuk perkara yang perlu sahaja. Contohnya ketika ingin menyuruh kepada kebaikan atau menegah kepada kemungkaran.  Taqwa kepada Allah SWT boleh diperoleh dengan lisan, cubaan paling besar yang menimpa seseorang juga disebabkan lisan. Oleh sebab itu, sebahagian ahli ilmi ada yang mengatakan bahawa sembilan persepuluh (9/10) dosa berasal dari lisan.

“Tiada satu ucapan pun yang diucapkannya melainkan ada di dekatnya malaikat pengawas yang selalu hadir.” (Surah Qaf: 18)

Mu’az pernah bertanya: Wahai Rasulullah, perbuatan apakah yang dapat mendekatkan aku ke syurga dan menjauhkan aku dari api neraka? Baginda Rasulullah SAW pun bersabda:

“Sesungguhnya kamu telah bertanya tentang perkara yang sangat besar dan sesungguhnya perkara itu benar-benar mudah bagi orang yang dimudahkan oleh Allah untuk melakukannya.”

Selanjutnya, baginda Rasulullah SAW menyebut beberapa perkara yang boleh mendekatkan seseorang ke syurga dan menjauhkan seseorang dari api neraka. Lalu di akhir hadisnya baginda bersabda: “Jagalah ini! Baginda memegang lisannya sendiri (agar menjaga lisannya).”


Jagalah lisan, jangan sampai mengucapkan laknat, mengeluarkan kata-kata kotor, serta berlebihan dalam bergurau dengan mengeluarkan kata-kata yang tidak diredhai Allah. Jagalah lisan, jangan sampai mengeluarkan kata-kata yang tidak berguna, jangan mengumpat, jangan mengadu domba, dan jangan sampai meremehkan dan memperolok-olok orang lain, khususnya orang-orang pilihan, para ulama, para penuntut ilmu, dan para pendakwah. Hal ini kerana, sesungguhnya yang terakhir ini merupakan ciri orang munafik yang tiada kemunafikan lain yang lebih berat darinya. (petikan dari Buku ‘Siyatul Qulub’ [Pelembut Hati] karya Dr A’idh bin Abdullah al-Qarni)



Sabda Nabi SAW: “Siapa yang diam, pasti selamat.”
(Diriwayatkan oleh Tirmidzi dengan sanad yang mengandungi kelemahan; dia berkata: Gharib. Riwayat ini di sisi Thabrani dengan sanad jayyid.)


Luqman berkata: “Diam adalah kebijaksanaan, tetapi sedikit sekali orang yang melakukannya.”


Dari Ibnu Mas’ud r.a bahawa ia berada di atas Bukit Shafa mengucapkan talbiyah dan berucap: “Wahai lidah, berkatalah yang baik pasti kamu beruntung, dan diamlah dari mengatakan keburukan pasti kamu selamat sebelum menyesal.”

Kemudian ditanyakan kepadanya, “Wahai Abu Abdur Rahman, apakah hal itu merupakan sesuatu yang kamu ucapkan atau sesuatu yang kamu dengar.” Ia menjawab, “Tidak, bahkan aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda:

“Sesungguhnya kebanyakan dosa anak Adam berada pada lidahnya.” (Diriwayatkan oleh Thabrani, Ibnu Abu Dunya di dalam bab ash-Shamtu, dan al-Baihaqi di dalam asy-Syu’ab dengan sanad Hassan)


Dan antara hadis yang masyhur, Abu Hurairah r.a berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir maka hendaklah ia mengatakan yang baik atau diam.” (Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim)


Hassan al-Basri berkata, “Sesungguhnya lidah orang Mu’min berada di belakang hatinya; apabila ingin berbicara tentang sesuatu maka ia merenungkannya dengan hatinya kemudian lidah menunaikannya. Sedangkan lidah orang munafiq berada di depan hatinya; apabila menginginkan sesuatu maka ia menunaikannya dengan lidah dan hatinya.”


Khalifah Umar r.a berkata, “Siapa yang banyak cakapnya banyak kesalahannya, siapa yang banyak kesalahannya banyak pula dosanya, dan siapa yang banyak dosanya maka api neraka lebih sesuai untuknya.”


“Sesungguhnya seseorang itu terkadang  bercakap dengan satu percakapan dengan tujuan supaya orang lain menjadi tertawa dari sebab percakapannya itu. Dia tidak menyangka bahawa perkataannya itu akan menyebabkan dirinya dihumbankan ke dalam api neraka selama 70 tahun.”
(Hadis Riwayat at-Tirmizi daripada Abu Hurairah r.a)


Di antara penyakit-penyakit lidah adalah:
  • Pembicaraan yang tidak berguna
  • Berlebihan dalam berbicara
  • Melibatkan diri dalam pembicaraan yang batil
  • Perbantahan dan perdebatan
  • Pertengkaran
  • Memaksakan bersajak dan membuat-buat kefasihan
  • Berkata keji, cacian
  • Melaknati
  • Nyanyian dan syair
  • Senda gurau
  • Ejekan dan cemuhan
  • Menyebarkan rahsia
  • Janji palsu
  • Berdusta dalam perkataan dan sumpah
  • Ghibah
  • Namimah (menghasut)
  • Perkataan yang berlidah dua
  • Sanjungan
  • Kurang cermat dalam pembicaraan
  • Melibatkan diri secara bodoh pada beberapa pengetahuan dan pertanyaan yang menyulitkan.

Manakala, di dalam ‘Bidayatul Hidayah’ dinyatakan bahawa, “jagalah lidahmu daripada lapan perkara: bohong, menyalahi janji, mengumpat orang, berdebat atau bertengkar dan suka membantah perkataan orang lain, memuji diri sendiri, melaknat, mendoakan celaka bagi orang lain dan bergurau, mengolok-olok dan mengejek orang lain.”



Oleh itu, banyak kebaikan dengan kurangnya mengeluarkan kata-kata yang tidak berfaedah. Lebih mudah jika kita mampu berfikir dahulu sebelum bercakap, tetapi kadang-kadang mulut mendahului hati dan akal. Terutamanya ketika sedang marah atau ketika situasi 'terganggu' dengan sesuatu perkara (annoyed). Sama-samalah kita berusha untuk menjaga lisan kita sendiri dan mengungkapkan perkataan-perkataan yang hanya boleh mendekatkan kita kepada Allah SWT. 

Wallahu a'lam wassalam...... =)

(mahupun begitu, saya sendiri belum mampu sepenuhnya untuk menjaga lisan saya...huhu)

Sumber: ‘Siyatul Qulub’ [Pelembut Hati] karya Dr A’idh bin Abdullah al-Qarni
               Mensucikan Jiwa (Intisari Ihya Ulumuddin Imam al-Ghazali) ditaskhih dan disusun semula oleh Syaikh Sa’id Hawwa
               Bidayatul Hidayah karya Hujjatul Islam Imam al-Ghazali

Friday, November 18, 2011

S.N.A.K.E is U.L.A.R



Ular adalah reptilia yang mempunyai badan yang fleksible dan tidak berkaki. Bentuk badan ular bergantung kepada habitat yang mereka tinggal; ular yang tinggal di dalam tanah berbeza dengan ular yang tinggal di dalam air. Ada bermacam-macam warna ular, yang pudar warnanya hinggalah yang mempunyai warna yang terang pada badannya. Ular yang mempunyai warna yang pudar menggunakannya untuk menyamar bergantung kepada keadaan sekelilingnya (camouflage) manakala yang berwarna terang kebiasaanya adalah berbisa. Mereka menggunakan warna yang terang untuk memberi amaran kepada pemangsa. Sesetengah ular yang tidak berbisa meniru gaya dan warna ular yang berbisa untuk menipu pemangsa.

Seperti reptilia-reptilia yang lain, ular adalah berdarah sejuk yang mana mereka tidak ada kelebihan untuk menghangatkan badan mereka sendiri. Sebaliknya, mereka bergantung kepada haba sekeliling dan cahaya matahari untuk mengawal suhu pada badan mereka. Ini menyebabkan kebanyakan spesis ular ditemui pada kawasan yang panas dan lembap dan tidak ditemui di kawasan yang sejuk seperti kutub utara =).

Fakta-fakta menarik tentang ular:

  • Lebih  kurang 3000 spesis ular yang dikenalpasti, hanya 350 daripadanya mempunyai bisa (dalam Bahasa Inggeris dipanggil ‘venom’) yang berbahaya kepada manusia.
  • Ular hidu dengan menggunakan lidahnya. Lidahnya yang bercabang membolehkan ia tahu arah ‘bau’ tersebut.
  • Ular adalah haiwan yang pekak tetapi mereka boleh mengesan getaran bunyi.
  • Ular mempunyai daya penglihatan yang lemah dan tidak mempunyai kelopak mata.
  • Ular tidak mengunyah makanannya; tetapi terus menelan ‘makanannya’ secara penuh.
  • Ular menggunakan taringnya yang di hadapan untuk mengcengkam mangsa.
  • Ular boleh menelan mangsanya yang mempunyai saiz 4 kali lebih besar daripada kepalanya sendiri
  • Bisa ular diperbuat daripada pelbagai jenis enzim dan protein. Sekali ia dikeluarkan dengan cepat akan tersebar ke seluruh badan mangsa.
  • Kebanyakan ular menyebarkan bisanya dengan menggigit. Walau bagaimanapun ada sesetengah ular seperti ular tedung boleh ‘meludah’ bisanya sejauh 5-7 kaki. Bisa ular tidak berbahaya pada kulit; ianya berbahaya pada mata ataupun luka yang terdedah. ( oleh sebab itulah, ia menggigit menggunakan taringnya dan bisa yang disimpan di kepalanya akan dikeluarkan dan dialirkan pada tempat yang digigit itu)
  • Bisa yang dimiliki oleh ‘king cobra’ (ular tedung), ular yang paling berbisa di dunia mampu menumbangkan seekor gajah.
  • Ular yang paling panjang adalah ‘anaconda’; 38 kaki manakala ‘brahminy blind snake’ adalah yang paling kecil dengan 2 inci panjang. Ular yang paling laju adalah ‘black mamba’ dengan kelajuan 12 batu per jam (antara ular yang boleh membawa kepada maut).
  • Ular mempunyai kelebihan untuk dapat hidup tanpa makanan selama beberapa hari selepas memperolehi hidangan yang penuh. Ini kerana mereka mempunyai kadar metabolism yang rendah. Malah, king cobra pun mampu hidup selama 1 bulan tanpa makanan! Dan ular sawa jika makan hidangan yang besar seperti MANUSIA mampu hidup tanpa makanan selama 1 tahun atau lebih!
  • Tidak semua ular berbahaya, malah yang paling berbahaya pun menggigit untuk mempertahankan dirinya.
  • Kebiasaannya anak ular lebih berbahaya berbanding ular dewasa kerana kurang matang dalam mengeluarkan kuantiti bisanya yang berlebihan daripada sepatutnya.  (mak ayah dia pandai berjimat sikit)





Itulah sahaja fakta sains berkaitan ular. Oleh sebab kebanyakan sumber yang pohon nyor gunakan berbahasa omputih, selepas ditranslatekan oleh pohon nyor yang tidak pandai berbahasa inggeris, maka ayat-ayat yang keluar tidaklah berapa sedap…. =)

Kenapa tiba-tiba saya tertarik nak cerita pasal ular…??? Sebab baru-baru ini bilik saya dimasuki ular…wahahaha….. selepas melihat’nya’ saya pun ketakutan dan keluar dari bilik. Tidak mengetahui kemanakah seterusnya ‘ia’ pergi. Menarik kan…. =p …biasalah rumah kampung, macam-macam ada…dan atas nasihat seseorang (saya pun tak terfikir sebenarnya), untuk mengambil langkah berjaga-jaga sulfur atau orang Terengganu panggil belerang ditabur ke seluruh bilik dan rumah. Sulfur ni orang guna dalam bunga api ke mercun ke kalau tak silap la..

(Sebagai selingan) kita juga pernah mendengar beberapa kisah ular yang besar akan menemani kepada sesiapa yang tidak menunaikan solat di dalam kuburnya nanti. Antaranya: Kisah "Solat Tiang Agama"
Jadi, jangan tinggal solat 5 waktu ya…!!


Wallahu a’lam wassalam..




Wednesday, October 19, 2011

* ~ Rantaian Hikmah ~ *



Jadikanlah keinginanmu menjadi satu, iaitu keinginan akhirat sahaja dan campakkanlah selainnya. Kerana selainnya akan sirna.

Jangan lemah sebab mendapatkan ujian, kerana dari ujian tercermin keperibadian seseorang. Ia dapat menajamkan akal dan menyalakan semangat keinginan.


Jangan menunggu ucapan terima kasih dari seseorang, cukuplah pahala Allah tempat segala keperluan dan permintaan. Jangan menjadi kufur, iri dan hasad.

Barangsiapa tidak mengalami rintangan di awalnya, di akhirnya tidak akan mendapatkan kepuasan memuaskan, dan barangsiapa bersungguh-sungguh di masa muda, di masa tuanya akan berjaya.


Mementingkan diri sendiri adalah sikap orang yang ingin hidup sendiri, sedang orang yang berjiwa besar hidup untuk sesamanya.

Hiduplah bersama al-Quran dengan cara menghafal, membaca, mendengar dan bertadabbur. Sesungguhnya itu adalah ubat paling baik untuk mengusir rasa sedih dan keraguan.


Berfikirlah tentang pendahulumu. Ada di antara mereka diasingkan, dibunuh, dipenjara, dicuba, mendapat ujian, menderita dan bahkan celaka.

Percaya pada diri sendiri dan jangan bergantung dan percaya sepenuhnya selain kepada Allah SWT. Bergantung dan percaya penuh kepada orang lain dapat merugikan, sebab dapat sahaja mereka berkhianat.


Jangan biasakan menunda suatu pekerjaan dengan “nanti dan senang”, kerana itu merupakan lambang kegagalan dan kemalangan.

Orang beriman tidak lepas dari akal untuk berfikir, melihat untuk mengambil pelajaran, lisan untuk berzikir, hati untuk bersyukur dan bersabar menjalankan aktiviti.


Apa guna membersihkan baju tapi mengotori agama, memperindah sepatu namun rosak akhlaknya, membentengi harta tapi ilmunya sia-sia.

Kebahagian  bukan terletak pada jawatan, nasab dan kekayaan; tetapi pada agama, ilmu, akhlak dan tercapainya maksud tujuan.


Qana’ah adalah perbendaharaan yang tiada habisnya.





Mahupun begitu, masih banyak kata-kata di atas yang tidak mampu saya lakukan.

“Amat besar kebencian di sisi Allah bahawa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan.” (as-Saff: 3)

Mudah-mudahan ianya dapat dijadikan inspirasi bersama dalam menuju untuk menjadi insan yang lebih baik di dunia dan akhirat..insyaAllah...


wallahu a'lam wassalam...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...